BUDAYA KERJA CEMERLANG MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: AMALAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA EXCELLENT WORK CULTURE FROM ISLAMIC PERSPECTIVE: MALAYSIAN PUBLIC SERVICES PRACTICE

Main Article Content

Sharifah Hayaati al-Qudsy

Abstract

Budaya Kerja Cemerlang adalah suatu konsep dan pendekatan pengurusan pentadbiran yang telah diamalkan di Malaysia sejak 1989.Walau bagaimanapun, penekanannya telah mula diberikan tumpuan selepas kemerdekaan khasnya bagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Fokus perkhidmatan di bawah konsep ini bukan sahaja tertumpu kepada output tetapi input, iaitu proses kerja. Proses kerja yang cemerlang bukan sekadar untuk menghasilkan output atau perkhidmatan yang baik semata-mata, tetapi juga untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa, korupsi, pengurusan birokratik dan pelbagai bentuk kecuaian yang sering berlaku dalam pengurusan pentadbiran. Dalam usaha menyemarakkan budaya kerja cemerlang, kerajaan telah menubuhkan Institut Integriti Malaysia dan memperkenalkan Pelan Integriti Nasional pada tahun 2004 dan mensasarkan suatu pencapaian pada 2008 yang dinamakan sebagai TEKAD 2008. Konsep ini juga menekankan penghasilan pekerja yang mempunyai tahap kebertanggungjawaban atau kebolehpercayaan yang tinggi. Penjelasan tentang konsep budaya kerja cemerlang juga dikupas dari perspektif Islam untuk menjelaskan bagaimana Islam memberikan penegasan dan penganjuran terhadap nilainilai murni dalam perkhidmatan.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
al-Qudsy, S. H. (2008). BUDAYA KERJA CEMERLANG MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: AMALAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA: EXCELLENT WORK CULTURE FROM ISLAMIC PERSPECTIVE: MALAYSIAN PUBLIC SERVICES PRACTICE. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 19(1), 187–207. Retrieved from https://mjes.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9735
Section
Articles