CONTENT DESIGN FOR E-LEARNING IN MALAYSIA : VISUAL & PERFORMING ARTS

Main Article Content

Rahmah Bujang
Nor Azlin Hamidon

Abstract

Menyedari betapa pentingnya gabungan elemen teoritis dan praktis dalam pembelajaran kesenian Melayu kumpulan pensyarah di Jabatan Kesenian Melayu, Akademi Pengajian Melayu di Universiti Malaya telah menggerakkan kajian tentang E-Data Kesenian Melayu. Kajian ini dirangka sebagai proses melengkapi bahan pembelajaran, pertama, dengan menghasilkan CD interaktif dan kedua, membangunkan data melalui laman web. Permasalahan utama ialah bersabit teori kemudian baru bersabit aspek teknikal. Pelaksanaannya ialah dengan membina rajah pokok informasi tentang kesenian Melayu atas dasar dua genrenya, iaitu seni visual dan seni persembahan. Itu telah berjaya dilakukan dalam tahun pertama bermulanya kajian. Seterusnya kajian memikirkan juga bagaimana untuk mengisi data dengan cara yang terbaik supaya dapat mencakupi segala maklumat penting untuk kedua-dua genre tersebut. Kumpulan penyelidik akhirnya bersetuju menggunakan tujuh elemen bagi membentuk bangunan modul kajian. Tujuh elemen itu merangkumi segala komponen yang diperlukan dalam mempelajarai berkenaan seni visual dan seni persembahan, iaitu pertama, komponen bagi memahami asas bentuknya seperti definisi, sejarah dan teknik. Kedua, aspek dinamisme kajiannya melalui estetika, etika, fungsi dan simbolisme. Cabaran seterusnya ialah proses dan persiapan maklumat mengikut sistem modul itu. Semua aspek tersebut dibincangkan dalam artikel ini berserta huraian berkaitan panduan menulis isian modul dengan contoh-contoh diturut sertakan. Rumusannya adalah supaya artikel ini dapat mengesankan keberkesanan pembelajaran dengan berpandukan sistem modular sebagai cara pengalaman belajar yang memberangsang dan memuaskan. Lebih utama ialah mengesankan kepentingan aplikasi teknologi tinggi seperti pengkomputeran sebagai alat mengajar pada masa kini. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Bujang, R., & Hamidon, N. A. (2008). CONTENT DESIGN FOR E-LEARNING IN MALAYSIA : VISUAL & PERFORMING ARTS. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 19(1), 167–186. Retrieved from https://mjes.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9732
Section
Articles