BAHASA RESEPTIF DAN BAHASA EKSPRESIF DALAM KOMUNIKASI VERBAL : PEMELAJARAN BAHASA MELAYU KANAK-KANAK SINDROM DOWN RECEPTIVE AND EXPRESSIVE LANGUAGE IN VERBAL COMMUNICATION: MALAY LANGUAGE AQCUISITION AMONG DOWN SYNDROM CHILDREN

Main Article Content

Puteri Roslina Abdul Wahid

Abstract

Tulisan ini menghuraikan tentang pemerolehan bahasa verbal dalam kalangan kanak-kanak sindrom Down. Terdapat dua jenis pemerolehan bahasa verbal, iaitu pertama, menggunakan kata (bahasa ekspresif) dan kedua, memahami kata (bahasa reseptif). Kanak-kanak SD menghadapi masalah memproses dan mengingati maklumat verbal. Kita menggunakan kata untuk membina pengetahuan, berfikir, menaakul, mengingati, dan berkomunikasi dengan dunia di sekitar kita. Kajian ini memperlihatkan bahawa kanak-kanak SD merupakan pelajar visual (lihat) daripada pelajar auditori (dengar). Oleh itu, penguasaan bahasa verbal yang baik mengambil masa yang panjang berbanding dengan kanak-kanak normal. Justeru, pendekatan dalam pemelajaran dan pemerolehan bahasa Melayu kanak-kanak SD perlu dikaji semula agar penggunaan bahan konkrit di persekitaran kanak-kanak dapat dimanfaatkan bagi menggalakkan perkembangan kognitif mereka dirangsang bagi mempertingkat tahap pemelajaran bahasa Melayu.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Abdul Wahid, P. R. (2008). BAHASA RESEPTIF DAN BAHASA EKSPRESIF DALAM KOMUNIKASI VERBAL : PEMELAJARAN BAHASA MELAYU KANAK-KANAK SINDROM DOWN: RECEPTIVE AND EXPRESSIVE LANGUAGE IN VERBAL COMMUNICATION: MALAY LANGUAGE AQCUISITION AMONG DOWN SYNDROM CHILDREN. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 19(1), 143–166. Retrieved from https://mjes.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9731
Section
Articles