IMPAK SOSIOEKONOMI KE ATAS DINAMIK PERKAHWINAN DAN KUALITI KEIBUBAPAAN WANITA MELAYU SOSIO-ECONOMY IMPACTS ON MALAY WOMEN DYNAMIC MARRIAGE AND PARENTAGE

Main Article Content

Noralina Omar

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti impak sosioekonomi ke atas dinamik perkahwinan dan kualiti keibubapaan dalam kalangan wanita Melayu. Tugas keibubapaan penting dalam menentukan kualiti modal insan yang terhasil. Kesejahteraan perkahwinan turut penting apabila institusi bertindak sebagai pemangkin kepada kualiti modal insan yang dihasilkan. Namun, kelemahan sosioekonomi berisiko memberi impak negatif ke atas dinamik perkahwinan dan kualiti keibubapaan. Implikasinya, bagaimanakah bentuk generasi muda yang diasuh dalam keluarga tersebut? Mampukah mereka menjadi ahli masyarakat yang berguna dan modal insan yang baik kepada negara? Seramai 420 wanita (ibu) daripada latar belakang sosioekonomi yang rendah telah dipilih sebagai responden kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa kelemahan sosioekonomi memberi impak yang signifikan ke atas dinamik perkahwinan dan keibubapaan. Responden yang lemah sosioekonomi mempunyai kualiti perkahwinan dan keibubapaan yang rendah. Perkara ini memandangkan keluarga yang mempunyai taraf sosioekonomi yang rendah lebih menumpukan aktiviti harian mereka terhadap perkara yang boleh mendatangkan dan meningkatkan pendapatan keluarga. Oleh yang demikian, langkah sewajarnya perlu dilaksanakan atau diteruskan bagi meningkatkan taraf sosioekonomi golongan terbabit.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Omar, N. (2008). IMPAK SOSIOEKONOMI KE ATAS DINAMIK PERKAHWINAN DAN KUALITI KEIBUBAPAAN WANITA MELAYU: SOSIO-ECONOMY IMPACTS ON MALAY WOMEN DYNAMIC MARRIAGE AND PARENTAGE. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 19(1), 126–142. Retrieved from https://mjes.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9729
Section
Articles