PROFIL PERMAJALAHAN MELAYU DEKAD 1980-AN MALAY MAGAZINES PROFILE IN 1980's DECADE

Main Article Content

Hamedi Mohd Adnan

Abstract

Hanya 177 buah majalah baharu diterbitkan pada dekad 1980-an, berbanding 178 buah pada dekad sebelumnya. Adakah ini bermakna penerbitan majalah Melayu semakin merosot? Dengan lebih 50 buah majalah terbitan dekad 70-an yang masih bertahan, petunjuknya jelas bahawa dekad 80-an ini merupakan pencapaian yang amat baik dalam dunia permajalahan Melayu. Meskipun jumlah majalah baharu nampaknya kurang, jangka hayat umum kebanyakan majalah lebih panjang pada dekad ini. Banyak faktor yang menyumbang pada kesuburan dunia permajalahan Melayu dekad ini dan salah satu daripadanya ialah perkembangan dalam penerbitan akhbar tabloid. Sejak Mingguan Bumi diterbitkan pada 1981 yang kemudiannya diikuti dengan Mingguan Perdana dan Bacaria yang lebih popular pada 1982, kemunculan akhbar tabloid dalam penerbitan Melayu amat dirasakan. Artikel ini akan membincangkan profil majalah Melayu pada dekad 80- an dengan tumpuan pada perkembangan penerbitan tabloid dan kesannya terhadap penerbitan majalahan.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mohd Adnan, H. (2008). PROFIL PERMAJALAHAN MELAYU DEKAD 1980-AN: MALAY MAGAZINES PROFILE IN 1980’s DECADE. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 19(1), 37–51. Retrieved from https://mjes.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9710
Section
Articles