KREATIVITI SISIK IKAN SEBAGAI PENJANAAN EKONOMI KOMUNITI LUAR BANDAR DAN PEMANGKIN KEPADA PEMBANGUNAN INDUSTRI KREATIF CREATIVE USES OF FISH SCALES AS AN ECONOMIC GENERATION IN A RURAL COMMUNITY AND AS A CATALYST TO THE DEVELOPMENT OF CREATIVE INDUSTRIES

Main Article Content

Rusmawati Ghazali
Sabzali Musa Kahn
Jafri Hanafi

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk memberikan cetusan idea serta
pengetahuan kepada komuniti luar bandar tentang penggunaan sisik ikan
sebagai bahantara dalam industri kreatif di Malaysia. Sisik ikan merupakan
bahagian luar atau kulit yang melindungi badan ikan. Sisik ikan boleh
dimanfaatkan dengan cara mengitarkan semula bahan tersebut.
Berdasarkan kajian eksplorasi yang telah dibuat oleh penyelidik, sisik
ikan didapati boleh dikitarkan semula sebagai barangan seni atau barangan
kraf. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis ikan yang bersisik hidup di
perairan air masin dan air tawar. Ikan-ikan tersebut dimakan sebagai
sumber protein manusia setiap hari, manakala sisiknya akan dibuang
dan terbiar begitu sahaja. Oleh itu, penyelidik telah mengambil inisiatif
untuk mengitarkan semula sisik ikan yang terbuang bagi menghasilkan
pelbagai barangan kreatif seperti hiasan dinding, hiasan pada beg,
kerongsang dan lain-lain. Setiap barangan kreatif yang dihasilkan
mengikut kreativiti seseorang. Sisik ikan ini dijangkakan dapat menjana
pendapatan komuniti luar bandar terutamanya kaum ibu sebagai pendapatan sampingan. Dalam penyelidikan ini, terdapat empat jenis
ikan yang bersisik digunakan. Dua jenis ikan dari perairan air masin
telah dipilih, iaitu sisik ikan kerisi “Threadfish Breamâ€, dan sisik ikan
jenahak “lutjanus johnii†dan dua jenis ikan bersisik daripada jenis ikan
air tawar iaitu sisik ikan Tilapia Merah atau “Oreochromis Niloticus†dan
sisik ikan rohu “Labeo rohitaâ€.
Kata kunci: Sisik ikan, kitar semula, industri kreatif, penjanaan, ekonomi.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Ghazali, R., Musa Kahn, S., & Hanafi, J. (2017). KREATIVITI SISIK IKAN SEBAGAI PENJANAAN EKONOMI KOMUNITI LUAR BANDAR DAN PEMANGKIN KEPADA PEMBANGUNAN INDUSTRI KREATIF: CREATIVE USES OF FISH SCALES AS AN ECONOMIC GENERATION IN A RURAL COMMUNITY AND AS A CATALYST TO THE DEVELOPMENT OF CREATIVE INDUSTRIES. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 28(1), 194–208. Retrieved from https://mjes.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9621
Section
Articles