DIMENSI POLITIK SECARA METAFORA MELAYU DALAM NOVEL ANAK MAT LELA GILA POLITICAL DIMENSION AS MALAY METAPHOR IN THE NOVEL ANAK MAT LELA GILA

Main Article Content

Ariff Mohamad
Norhayati Ab Rahman

Abstract

Artikel ini merupakan perbincangan dan analisis tentang dimensi politik
yang dinyatakan secara metafora atau perlambangan Melayu. Analisis
mengkhusus pada ungkapan dalam teks karya yang digunakan iaitu novel
Melayu klasik, Anak Mat Lela Gila karya Ishak Haji Muhammad (1941).
Analisis berpandukan pandangan Hasan Ahmad yang dinamakan
Metafora Melayu dan turut mengaitkan pandangan paradigma semiotik
kebudayaan daripada Yuri Lotman. Kajian ini memperlihatkan bagaimana
pengarang Melayu mengaitkan persoalan politik semasa dan jangkauan
fikiran mereka terhadap politik mendatang secara perlambangan atau
metafora. Analisis tekstual dan kontekstual digunakan untuk mengaitkan
dimensi politik secara perlambangan dalam novel ini. Rasional pemilihan
pengarang ini ialah beliau merupakan antara pengarang prosa Melayu
yang terawal dan melibatkan diri dalam kancah politik semasa ketika itu.
Faktor yang lain pula adalah kerana novel ini dihasilkan sebelum negara
mencapai kemerdekaan. Selain itu, analisis ini juga akan menyerlahkan
keistimewaan bangsa Melayu yang mempunyai cara tersendiri iaitu menggunakan kiasan, perlambangan dan metafora dalam mengungkapkan
persoalan politik yang dianggap sensitif dan terlarang terutama bagi pihak
pemerintah sesebuah negara.
Kata Kunci: metafora, perlambangan Melayu, novel.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mohamad, A., & Ab Rahman, N. (2017). DIMENSI POLITIK SECARA METAFORA MELAYU DALAM NOVEL ANAK MAT LELA GILA: POLITICAL DIMENSION AS MALAY METAPHOR IN THE NOVEL ANAK MAT LELA GILA. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 28(1), 45–61. Retrieved from https://mjes.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9613
Section
Articles