CIRI-CIRI KEINDAHAN DALAM PENGHASILAN REKAAN BATIK KONTEMPORARI BERINSPIRASIKAN MOTIF ABSTRAK THE AESTHETIC VALUES IN THE PRODUCTION OF CONTEMPORARY BATIK INSPIRED BY ABSTRACT MOTIFS

Main Article Content

Zamrudin Abdullah
Sabzali Musa Khan
Siti Rohaya Yahaya
Mohammad Radzi Manap

Abstract

Karya seni reka batik merupakan kraf tangan Melayu yang dihasilkan
menerusi pelbagai teknik dan bentuk kreativiti penghasilannya. Ciriciri
keindahan atau estetik dalam seni reka batik lazimnya akan
dikaitkan dengan konsep keindahan dan fungsi batik itu sendiri. Seni
reka batik wujud dalam pelbagai bentuk utiliti seperti pakaian, hiasan
dalaman, karya, perhiasan, dan sebagainya. Karya seni reka batik
mempunyai tafsiran yang luas dan bukan sahaja dilihat menerusi
elemen formal, bahkan turut memancarkan perspektif adat dan budaya
tradisi masyarakat. Penghasilan rekaan batik kontemporari dicetuskan
bagi mengekalkan tradisi dan reputasi batik supaya terus berada di persada yang lebih baik. Penekanan kepada elemen formal dalam reka
corak menjadikan batik sebagai produk kraf yang kreatif dan berkualiti
tinggi. Kelestarian nilai-nilai estetik menjadi pemangkin kepada
pembangunan industri kraf itu sendiri khususnya batik. Penulisan ini
bersifat kajian studio yang bertujuan untuk menjelaskan proses
artistik dan interpretasi elemen formal pada kain-kain sutera yang
bersumberkan imej-imej motif abstrak. Kaedah penyelidikan
dilakukan secara terus di studio rekaan dan bengkel batik. Pemilihan
teknik-teknik dan bahan-bahan dan penstrukturan prinsip dan elemen
formal secara lebih kreatif mengikut aspirasi para pengguna pada masa
ini. Pendekatan yang mudah dan sistematik bagi mengenal pasti
nilai-nilai estetik dalam seni reka batik kontemporari. Kajian artistik
dan analisis yang dilakukan secara formal menunjukkan bahawa
faktor ekspresi pemikiran, bahan-bahan, teknik-teknik, dan konteks
budaya dan masyarakat mempengaruhi penghasilan seni reka batik
kontemporari yang diadaptasi daripada motif abstrak. Keunikan motif
abstrak sebagai karya baharu menjelaskan idea-idea yang kreatif yang
berasaskan olahan dan inovasi daripada motif terdahulu. Penghasilan
karya kreatif yang berunsurkan motif abstrak merupakan salah satu
langkah untuk melestarikan warisan seni reka batik dalam penggayaan
reka corak kontemporari pada masa ini.



Kata kunci: Batik moden, kontemporari, estetik, formalistik, abstrak.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Abdullah, Z., Musa Khan, S., Yahaya, S. R., & Manap, M. R. (2019). CIRI-CIRI KEINDAHAN DALAM PENGHASILAN REKAAN BATIK KONTEMPORARI BERINSPIRASIKAN MOTIF ABSTRAK: THE AESTHETIC VALUES IN THE PRODUCTION OF CONTEMPORARY BATIK INSPIRED BY ABSTRACT MOTIFS. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 30(1), 236–269. Retrieved from https://mjes.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/21232
Section
Articles