Amalan Tradisi Keluarga dalam Karya Silappathikaram

Authors

  • Parvathi Vellachami Lecturer, Institute of Teacher Education Tuanku Bainun.
  • Dr. Silllalee S. Kandasamy Senior Lecturer, Department of Indian Studies, University of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Vikneshwary Sahadevan Lecturer, Institute of Teacher Education Tuanku Bainun.

Keywords:

Silappathikaram text, tradition, practice, family, Sangam, tradisi, amalan, keluarga

Abstract

The famous work Silappathikaram includes a wealth of knowledge for the Tamil community's consideration regarding its way of life, ideas, beliefs, and other topics during the late Sangam era. Furthermore, Silappathikaram teaches moral and familial ideals that every member of the family should uphold, especially the women in the family. The purpose of this article is to explain the traditional practises of the family raised through the character of Mathavi in the epic Silappathikaram. Tradition is a visible expression of an individual or a group's inner experience. When people attempt to share that experience with others, tradition develops into a process. Tradition is a practise as well, and religion is regarded as a practise by society. The Silappathikaram became a guideline in the life of the Tamil community in the present day because the values, way of life and beliefs are still followed and maintained in their daily lives. The conclusions of this research suggest that each family member is advised to maintain family traditions because the traditions that are practiced can unite family members and strengthen family ties forever. Furthermore, maintaining the practise that has been passed down through the centuries will help future generations appreciate and recognise ancient family traditions. Therefore, it is the responsibility of every person to advise family members to maintain family traditions because they have become an identity and a treasure that must be defended by every community.

Silappathikaram merupakan sebuah karya yang klasik yang memuatkan banyak maklumat yang berkaitan dengan cara hidup, pemikiran, kepercayaan dan lain-lain bagi renungan masyarakat Tamil sepertimana yang telah wujud pada zaman akhir Sangam. Karya Silappathikaram juga mengajar nilai-nilai moral dan kekeluargaan yang harus didukung oleh setiap ahli keluarga, khususnya kaum wanita dalam kehidupan mereka. Tujuan artikel ini adalah untuk menjelaskan amalan tradisi keluarga yang diangkat melalui watak Mathari dalam karya epik Silappathikaram. Tradisi adalah ekspresi pengalaman dalaman seseorang individu atau kumpulan. Tradisi menjadi satu proses apabila manusia berusaha untuk memberikan pengalaman itu kepada orang lain. Tradisi juga menjadi amalan dan masyarakat beranggapan agama sebagai amalan (Sathyamoorthy, 1972). Karya ini menjadi pedoman dalam kehidupan masyarakat Tamil pada zaman sekarang kerana nilai-nilai dan cara hidup serta kepercayaan masih dipatuhi dan dikekalkan dalam kehidupan seharian mereka. Secara kesimpulannya, kajian ini menyatakan bahawa setiap anggota keluarga dinasihatkan agar mengekalkan tradisi keluarga kerana tradisi yang diamalkan dapat menyatupadukan anggota keluarga dan mengeratkan hubungan kekeluargaan buat selama-lamanya. Selain itu, tradisi yang diwarisi dan diamalkan sejak turun-temurun ini dapat membantu generasi akan datang mengenali serta tidak memandang rendah terhadap amalan tradisi keluarga (Baharuddin Musa, 1973). Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab setiap insan untuk menasihati ahli keluarga agar mengekalkan tradisi keluarga kerana ia telah menjadi satu identiti serta khazanah yang harus dipertahankan oleh setiap masyarakat.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-12-27

Issue

Section

Articles