MEMAHAMI PENGUASAAN KATA SENDI NAMA BAHASA JEPUN DALAM KALANGAN PELAJAR MELAYU: SATU PENDEKATAN ANALISIS KESILAPAN UNDERSTANDING THE MASTERY OF JAPANESE PARTICLES BY MALAY LEARNERS: AN ERROR ANALYSIS APPROACH

Main Article Content

Shyi Nian Ong
Zaitul Azma Zaitul Hamzah

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan pelajar Melayu dalam menggunakan kata sendi nama bahasa Jepun. Lanjutan daripada itu, kekerapan kesilapan yang dilakukan dan punca masalah penggunaan sendi nama turut dibincangkan. Pendekatan Analisis Kesilapan digunakan untuk menganalisis penggunaan kata sendi nama. Data diperoleh daripada esei dan ujian kelas. Keputusan menunjukkan bahawa tahap penguasaan penggunaan kata sendi nama dalam kalangan pelajar Melayu adalah sederhana; 50% pelajar mencapai Tahap A (Baik), 33.33% mencapai Tahap B (Sederhana) serta 16.67% mencapai Tahap C (Lemah). Kesilapan yang paling kerap yang dikenal pasti adalah kata sendi nama ã« (ni) dari, daripada dan kepada. Kekerapan kesilapan yang dilakukan menunjukkan pelajar Melayu tidak jelas dengan fungsi dan penggunaan kata sendi nama bahasa Jepun.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles