PENERAPAN NILAI MAKRIFAH DALAM ILMU NAHU ARAB MENURUT AL-QUSHAYRI

Authors

  • Zaiton Mustapha
  • Shahrizal Mahpol
  • Nur Hafizah Ahmad Tajuddin

Keywords:

Penerapan Nilai Makrifah, Ilmu Nahu, al-Qushayri

Abstract

Abstrak: Dalam perbahasan ilmu tasawuf, makrifah merupakan suatu keadaan seorang hamba yang dapat mengenal Allah dengan segala sifat kesempurnaanNya. Ia merupakan aspek spiritual yang utama perlu diterapkan dalam setiap disiplin ilmu Islam termasuklah bidang nahu Arab. Realiti yang berlaku dalam pengajian nahu ialah perbincangannya terpisah dari aspek spiritual yang boleh menjadikan pelajar semakin mendekatkan diri kepada Penciptanya. Al-Qushayri (w. 465H) merupakan tokoh ulama sufi terawal yang telah berjaya menerapkan nilai tasawuf dalam disiplin ilmu nahu melalui hasil penulisannya. Artikel ini cuba memaparkan pendekatan baharu tokoh ini, membahaskan konsep makrifah yang diterapkan dalam beberapa topik nahu sebagaimana terkandung dalam kitab beliau berjudul “Naḥw al-Qulūb al-Kabir”. Dengan menggunakan metode analisis kandungan (content analysis), kajian mendapati al-Qushayri telah menekankan keutamaan dan beberapa ciri penting bagi para sālikīn untuk mencapai tahap makrifah Allah. Kajian juga mendapati penerapan yang dilakukan dalam karya tersebut adalah berdasarkan pendekatan perbandingan yang merujuk kepada dua aspek persamaan. Pertama ialah aspek persamaan dalam penggunaan istilah bagi kedua-dua disiplin ilmu tasawuf dan ilmu nahu. Kedua pula ialah aspek persamaan pada makna bagi konsep-konsep dalam ilmu tasawuf yang boleh dibandingkan dengan beberapa kaedah dalam ilmu nahu. Pendekatan ini juga telah dijadikan panduan oleh beberapa ulama sufi terkemudian untuk mengintegrasi kedua-dua disiplin ilmu ini dalam bentuknya yang baharu dan bersepadu. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan bermakna kepada pihak yang berkepentingan dalam usaha merangka kurikulum bersepadu yang mencakupi aspek spiritual dan linguistik dalam subjek ilmu nahu Arab. 

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2021-07-19

Issue

Section

Articles