KERAKYATAN, KESETIAAN DAN NEGARA BANGSA: PERANAN JAWATANKUASA LINEHAN DALAM MALAYAN UNION, 1946–1948

Citizenship, Loyalty and Nation State: Linehan Committee in Malayan Union, 1946-1948

Authors

  • Low Choo Chin History Section, School of Distance Education, Universiti Sains Malaysia, MALAYSIA
  • Mohd Khairil Hisham Tuanku Ja'afar Royal Gallery, Jalan Taman Bunga, 70100, Seremban, Negeri Sembilan, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.22452/

Keywords:

Dwikerakyatan, Jawatankuasa Linehan, Jawatankuasa Kerja, Malayan Union, kesetiaan

Abstract

Artikel jurnal ini membincangkan penubuhan, perkembangan dan perdebatan dalam isu kerakyatan Malayan Union selepas Perang Dunia Kedua. Susulan daripada persoalan yang timbul mengenai cadangan kerakyatan Malayan Union dalam Kertas Putih Mac 1946, Jawatankuasa Linehan dilantik pada tahun 1946 untuk mencadangkan kelayakan yang sesuai untuk menjadi rakyat Malayan Union. Jawatankuasa Linehan merupakan medan rundingan mengenai kesetiaan politik, status penduduk bukan Melayu, definisi kerakyatan, dan hubungan antara kedaulatan Melayu dan kuasa imperial British. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis perdebatan mengenai konsep kerakyatan dan kesetiaan dalam Jawatankuasa Linehan, menilai perbezaan pendekatan antara Jawatankuasa Linehan dan Jawatankuasa Kerja serta menjelaskan implikasi perdebatan kerakyatan terhadap pembentukan konsep kewarganegaraan dan identiti politik di Tanah Melayu. Artikel ini adalah berdasarkan analisis dokumen yang terdiri daripada minit mesyuarat Jawatankuasa Linehan, surat persendirian George Maxwell, surat persendirian Tan Cheng Lock, fail pejabat Tanah Jajahan dan dokumen rasmi kerajaan. Kajian mendapati Jawatankuasa Linehan telah menghasilkan satu definisi kerakyatan untuk Malayan Union yang berbeza dengan definisi kerakyatan yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kerja untuk rancangan Persekutuan Tanah Melayu. Kerakyatan Malayan Union tidak membenarkan dwi-kerakyatan dan ia adalah status yang boleh berkembang ke status kewarganegaraan. Kerakyatan Persekutuan pula adalah satu status kerakyatan, yang membenarkan dwi-kesetiaan.

Author Biographies

  • Low Choo Chin, History Section, School of Distance Education, Universiti Sains Malaysia, MALAYSIA

    Dr. Low Choo Chin (lowc@usm.my) (corresponding author) adalah Pensyarah Kanan di Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, 11800, Pulau Pinang, Malaysia. Kepakarannya adalah dalam bidang migrasi, kerakyatan dan diaspora.

  • Mohd Khairil Hisham, Tuanku Ja'afar Royal Gallery, Jalan Taman Bunga, 70100, Seremban, Negeri Sembilan, MALAYSIA

    Encik Mohd Khairil Hisham (curator@gdtjns.com) adalah kurator di Galeri Diraja Tuanku Ja’afar, 70100, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.

Downloads

Published

2026-06-30

Issue

Section

Articles