MENELUSURI IDENTITI MASYARAKAT HAINAN DI PANTAI BARAT SABAH, 1884 -1991

Tracing the Identity of the Hainan Community on the West Coast of Sabah, 1884-1991

Authors

  • Seah Soo Lin Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA
  • Danny Wong Tze Ken Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.22452/

Keywords:

Hainan, Label, Transformasi, Pantai Barat Sabah, Identiti

Abstract

Artikel ini membincangkan transformasi, dinamik dan kepelbagaian identiti masyarakat Hainan di pantai barat Sabah di antara tahun 1891 sehingga 1991.  Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk menjelaskan beberapa label, termasuk asal-usul label, bagaimana ia dikaitkan dengan kumpulan dialek ini, dan kepentingannya kepada mereka. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis sumber dokumen di arkib, tafsiran surat khabar dan sumber-sumber Cina seperti majalah persatuan sosial serta salasilah puak. Temu bual turut dijalankan dalam kalangan orang Hainan kerana pengalaman mereka yang berasal dari Pulau Hainan ternyata berguna sekali. Ini telah melengkapkan maklumat yang tidak terdapat dalam sumber bertulis. Analisis data seperti bancian penduduk juga dijalankan. Sehingga setakat ini, kajian mengenai masyarakat Hainan di Sabah amat kurang, kebanyakannya telah tertumpu kepada orang Hakka. Walaupun begitu, masyarakat Hainan turut memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi dan budaya orang Cina di Sabah, terutamanya dalam sektor pemakanan. Kajian ini juga membuktikan walaupun masyarakat ini mempunyai jumlah populasi yang kecil, mereka bukan satu entiti yang homogen. Ini ditunjukkan daripada reaksi mereka terhadap Pelan Gagasan Malaysia. Dapatan kajian juga menunjukkan sejak kedatangan orang Hainan ke Sabah, mereka cuba memelihara dan mengekalkan identiti yang mereka warisi dari kampung halaman di China. Namun, reaksi terhadap dasar  pemerintah di Sabah, pergolakan politik serantau, interaksi budaya serta penduduk tempatan menyebabkan mereka mengadaptasikan identiti baharu.

Author Biographies

  • Seah Soo Lin, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA

    Seah Soo Lin  (shuyen2203@gmail.com) (coressponding author) ialah calon Doktor Falsafah  di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Malaysia.

  • Danny Wong Tze Ken, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA

    Profesor Datuk Dr. Danny Wong Tze Ken ialah Profesor  di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Malaysia.

Downloads

Published

2026-06-30

Issue

Section

Articles

Most read articles by the same author(s)