REAKSI MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL TERHADAP PENYAKIT BERJANGKIT DI TANAH MELAYU SEBELUM MERDEKA

Traditional Malay Society’s Responses to Infectious Diseases in Pre-Independence Malaya

Authors

  • WAN NUR IZZATI BINTI WAN BAHARI Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA
  • ABU HANIFAH HARIS Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.22452/

Keywords:

Kesedaran, Spiritual, Isolasi, Penawar, Jampi

Abstract

Pengaruh reaksi penyakit berjangkit dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu didasari oleh dua faktor utama iaitu fizikal dan spiritual. Kaedah mengasingkan pesakit daripada khalayak umum misalnya, telah membuktikan bahawa sejak sebelum kedatangan orang Barat, penduduk tempatan sudah mempunyai inisiatif mengekang jangkitan penyakit secara fizikal. Hal ini bermaksud, masyarakat dahulu tidak bergantung kepada aspek spiritual semata-mata. Oleh itu, penulisan ini berusaha untuk meneliti sejauh mana masyarakat Melayu tradisional menghadapi penyakit berjangkit di Tanah Melayu? Artikel ini mengupas kaedah yang digunakan oleh masyarakat Melayu dalam menangani penyakit berjangkit dengan mengguna pakai metodologi sejarah, melalui kaedah kualitatif yang diterjemahkan dalam bentuk deskriptif-analitik. Kajian menggunakan sumber primer dan sekunder seperti fail Straits Settlements Original Correspondence & British North Borneo Company: Papers (CO 273 & C.O. 874), akhbar, majalah, artikel dan buku. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa kaedah yang digunakan oleh masyarakat Melayu tradisional untuk merawat dan mengekang penularan wabak penyakit berjangkit antaranya mengisolasi pesakit, mengenakan denda kepada individu yang melanggar larangan dan menggunakan air penawar yang dibacakan jampi. Kaedah-kaedah tradisional ini tidak sahaja menjelaskan wujudnya adat resam dan tradisi perubatan masyarakat Melayu malah membuktikan satu pandangan yang jelas bahawa kesedaran awal masyarakat terhadap ancaman penyakit berjangkit telah wujud sejak sekian lama. Dalam pada itu, pelbagai inisiatif telah diusahakan masyakarat tempatan dalam merawati penyakit berjangkit antaranya melalui pengamal perubatan tradisional yang lazimnya dikenali sebagai bomoh.

Author Biographies

  • WAN NUR IZZATI BINTI WAN BAHARI, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA

    Wan Nur Izzati binti Wan Bahari (wannurizzati@um.edu.my) (corresponding author) merupakan calon Doktor Falsafah di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

  • ABU HANIFAH HARIS, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA

    Profesor Madya Dr. Abu Hanifah bin Haris (abuhanifah@um.edu.my) merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Downloads

Published

2026-06-30

Issue

Section

Articles