STRATEGI POLITIK TUNKU ABDUL RAHMAN DAN AUTONOMI SINGAPURA DALAM RANCANGAN GREATER MALAYSIA 1961

Tunku Abdul Rahman's Political Strategy and Singapore's Autonomy in the Greater Malaysia Plan of 1961

Authors

  • Allan Leonard Kho Program Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.22452/

Keywords:

Greater Malaysia, Singapura, Hak Autonomi, Penggabungan, Strategi Politik

Abstract

Artikel ini menganalisis strategi politik Tunku Abdul Rahman dalam menerima penggabungan Singapura ke dalam rancangan Greater Malaysia pada tahun 1961 dengan tumpuan terhadap pengaturan kuasa hak autonomi bagi melimitasi kuasa Singapura dalam rancangan penggabungan persekutuan. Permasalahan kajian tertumpu kepada dilema politik yang dihadapi oleh Tunku dalam usaha menerima penggabungan Singapura yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew, yang tidak secara mutlak menolak fahaman komunis. Keadaan ini telah menimbulkan kebimbangan terhadap perbezaan fahaman ideologi dan dominasi etnik yang boleh mengganggu kestabilan persekutuan. Penulisan ini memberikan kefahaman yang signifikan mengenai dinamika pembentukan Malaysia dan dilema persekutuan dalam konteks pasca-kolonial Asia Tenggara. Penelitian ini menggunakan kaedah analisis dokumen terhadap sumber primer dan sekunder berdasarkan beberapa dokumen-dokumen primer seperti dokumen rasmi kolonial Prime Minister’s Office Records (PREM), Hansard Parlimen, Memorandum Greater Malaysia dan White Paper Singapura. Perbincangan penulisan ini mendapati bahawa Tunku menstrukturkan penggabungan rancangan Greater Malaysia secara berhati-hati melalui pendekatan yang bersifat dualistik iaitu menerima Singapura tetapi dengan pelbagai pengaturan yang melimitasikan pengaruh politik dan autonomi Singapura. Pendekatan ini tentunya untuk mengekalkan kestabilan politik dalam Persekutuan dan mengelakkan dominasi ideologi People's Action Party (P.A.P). Strategik politik Tunku dalam usaha penggabungan Singapura ke dalam rancangan Greater Malaysia merupakan langkah pragmatik yang berjaya menyeimbangkan kestabilan politik serta keperluan keselamatan menerusi rundingan terancang dan pengaturan autonomi yang terhad.

Author Biography

  • Allan Leonard Kho, Program Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA

    Allan Leonard Kho (alleonkho20@yahoo.com) (corresponding author) merupakan calon Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah di Program Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah.

Downloads

Published

2026-06-30

Issue

Section

Articles